Sejuk . Tapi seronok . Ya , itulah perasaan yang sedang aku alami . Sekarang , suhu tidaklah sejuk mana , -1 degree tapi , yang seronoknya ribut salji sedang berlaku ! Bandar-bandar sekitar dilitupi oleh salji , memutih di seluruh pelosok bandar di Istanbul . Yeayyy Scha Al-Yahya pun ada di Istanbul sekarang ! *okay yang itu iklan* . Subhanallah . Indahnya ciptaan mu . Baru sekejap tadi kami menikmati ABC buatan sendiri . Ya , ABC original dari sang pencipta . Seronok bukan kepalang ! Our crave fulfilled ! Biarpun ABC kami tak se-perfect ABC di Malaysia namun kelembutan salji , kehalusan texture-nya berjaya membuat kelainan pada ABC versi Istanbul ni . Kata orang tempoh nak makan ABC ni dalam 3 bulan je setahun (musim salji je dapat) sebab di musim biasa , nak buat ABC sendiri alat tidak ada ... Mengharapkan salji je la .. Huhuhu . Bersalutkan serbuk koko , susu pekat manis dan sirap sudah cukup buat kami semua makan sehingga 3 mangkuk ABC ! Jadi post pada kali ini aku nak belanja gambar-gambar sekitar sini :)
Buat pengetahuan semua , tahun ini merupakan tahun yang saljinya agak tebal di Istanbul kerana sebelum ini salji di Istanbul sangat sedikit dan sekejap . Alhamdulillah , Allah bagi peluang tengok sendiri salji di sini tahun ini . Semoga tahun-tahun mendatang pun Allah masih bagi keizinan untuk terus melihat lagi salji for real ... Aaameen . Doakan ..