ASSALAMUALAIKUM
ونبلوكم بالشر والخير فتنة وإلينا ترجعون
”Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan.”[Al-Anbiyaa’: 35]
Allah Allah ... sungguh . Lama aku menyepi kan ? Apa khabar semuanya ? Moga baik baik belaka atas hendakNYA . Hm . Lama aku menyepi ni bukanlah maksudnya aku takmahu berkongsi kisah suka dan duka aku dengan kawan kawan di Malaysia . Bukan macam tu . Tapi , aku nak kumpulkan semua perkara yang aku belajar dalam hidup untuk aku pandang cermin , lihat diri sendiri dan seterusnya muhasabah diri sendiri kemudian berkongsi bersama suka duka pahit getir hidup yang telah pun atau mungkin sedang aku lalui bersama hikmahnya .
Dalam hidup aku tak pernah sekali pun terlintas di hati nak letakkan diri di ISTANBUL . Ya , ISTANBUL . Tempat yang pernah menjadi empayar besar Islam . Tanah ini . Ya tanah yang aku pijak sekarang ini pernah dilalui oleh orang orang hebat Islam . Tapi aku ? Siapa aku ? Sampai hari ini aku sendiri masih tak nampak lagi asbab asbab Allah hantar aku ke sini . Adakah untuk mentarbiyyah aku ? Bila bercakap mengenai tarbiyyah , tidak aku menyangkal memang banyak perkara aku belajar dari penglihatan aku sendiri dan semakin hari semakin banyak perkara aku belajar . Jiwa yang datang kosong , Alhamdulillah kini Allah isikan dengan ilmu ilmu nya . Syukur . Berbangga memiliki ummi dan ayah yang membuat pilihan tepat untuk anaknya yang sorang ni .Ya Allah , ummi dan ayah tu hadiah terbaik dariMU , aku tidak meminta ingin siapa menjadi ibu dan ayahku tapi kau hadiahkan yang paling baik , terbaik untuk aku . Itulah hadiah paling bernilai ya Allah ... Alhamdulillah . Datang kesini memikul tanggungjawab yang dibekalkan ayah dan ummi , mengharapkan anaknya yang sorang ini membawa pulang sesuatu untuk ummah dan membawa pulang motivasi kepada adik adik yang lain supaya turut sama mengikut jejak langkahku . Berat bukan ?
Tapi, aku kira aku tidak berjaya . kenapa ? Dek kerana terlalu ingin mengejar untuk membawa pulang title 'Dr,Sofia Liyana' pd awal usia , aku lupa untuk memohon petunjuk Allah untuk membuat pilihan yang sebenar benar pilihan sebelum datang sini. Kata orang , untuk 'smooth'-kan urusan tu , mesti perlu minta petunjuk Allah . Tapi aku , cukup takut apabila petunjuk yang akan Allah beri itu lain dari apa yang aku mahu . Pada ketika itu , cuma solat hajat sahaja yang aku lakukan tanpa istakharah memohon petunjuk dari-NYA . Namun , Allah masih mengizinkan hambanya ini datang ke bumi bertuah ini mungkin ingin memberi peluang aku mengenal buminya , ciptaannya , untuk aku memperbaiki iman aku . Mungkin bukan untuk melanjutkan pelajaranku dalam bidang kedoktoran yang sungguh , sangat aku inginkan sejak 5 tahun lagi . Tapi Allah gantikan , hantar aku ke sini untuk menuntut ilmu-ilmunya yang luas tak terhitung ini , ilmu mengenalnya dan untuk memperbaiki diri aku untuk jadi lebih baik dari sebelumnya dan untuk mematangkan aku . Pada umur 19 tahun ini , seusia sama dengan rakan-rakan seperjuanganku yang lain , aku menghadapi masalah yang aku kira orang lain belum rasa , ya , masalah berkaitan masa depan . Hal ini sungguh , menggerunkan aku namun semakin aku berada dalam masalah , semakin kuat kebergantungan aku pada Allah . Semakin banyak masalah aku hadapi , semakin matang jadinya . Bak kata pak cik Azam "Allah nak mempersiapkan askar-askar hebat untuk agamanya , maka bersabarlah," . Aku harap aku antara askar-askar yang sedang ALLAH latih ni . Adek aku pernah berpesan , "Kau takde sesiapa kak kat sana. Kami jauh di sini . Kau ada Allah je kak . Kami tak mampu nak buat apa -apa untuk kau tapi , mintalah sungguh-sungguh pada ALLAH ," . Allahurobbi , Terima Kasih adik .
Okay . Datang ke Istanbul ni aku kira satu rezeki dari Allah Ta'ala . Harapnya bukanlah Istidraj , na'uzubillah . Dah banyak sangat perkara aku belajar kat sini , ilmu kehidupan , ya itu yang penting . Melihat sendiri komuniti Islam , cara hidup Islam yang sebenar di sini cukup mengagumkan . Kerana di Malaysia , praktikal cara hidup Islam itu tidak sehebat disini . Maksud aku , belum sehebat disini . Mungkinlah pandangan pertama mereka yang pernah datang ke sini would be like "oh , mereka ni sekular . Pakcik pakai kopiah tapi jual arak," . Ya , dalam majoriti mereka itu nilai Islam belum terserap namun , syukur ke hadrat Ilahi , syukur yang termat sangat Allah menemukan aku dengan komuniti yang sangat baik , sangat sangat baik . Perkenalan yang hanya tidak sampai 5 minit namun perasaanya seperti mereka ini adik beradik kami . Pernah aku bertanya kepada mereka , "Kenapa orang kat sini melayani tetamu seperti melayani keluarga sendiri wahai kakak ?" lantas mereka menjawab , "Kerana Islam itu saling berkeluarga. Datang dari asal usul yang sama , Adam alaihi Salam . Kita dari tuhan yang sama , mengucap kalimah syahadah yang sama . Sama-sama memperjuangkan agama Allah , kita perlu bersama-sama berpegang tangan antara satu sama lain untuk naikkan semula agama kita. Tiada sebab mengapa kita perlu membeza-bezakan keturunan mana kita ni , warna kulit warna mata kita . Allah tak pandang semua tu," . Terpana dengan tingginya akhlak mereka . Mereka membantu antara satu sama lain dengan sebenar-benar bantuan . Aku bersyukur dipertemukan dengan komuniti yang kuat agamanya , mungkin benar Allah nak didik akhlak aku , bukan untuk meneruskan pelajaran di sini .
Semalam , ketika mata sudah layu hendak tidur terlintas di hati kecil ini untuk membuka 'whatsapp' dan terpampar 'online' pada contact ummiku . Lantas aku mula berbincang dengan ummi mengenai universiti di Malaysia sebagai 'back-up plan' nanti . Tak mampu ku ungkapkan dengan kata-kata , perasaan menyesal mula menyelubungi hati kerana sekali lagi menyusahkan ummi . Kenapa perlunya aku ada backup plan universiti di Malaysia ? Baiklah , untuk berterus-terang sebenarnya sistem birokrasi di sini sering sahaja berubah-ubah . Jadi , mengikut tahun lepas mereka sudah tidak mahu lagi menerima SPM untuk di-'equivalence'-kan kerana mengambil kira sistem pembelajaran di negara kita tidak mengikut standard sistem pembelajaran di negara mereka . Negara kita hanyalah memiliki 11 tahun pembelajaran namun di sini , mereka mempunyai 12 tahun pembelajaran . Jadi , sebagai syarat , kami student Malaysia yang hanya mempunyai SPM perlu ada sekurang-kurangnya asasi ataupun matriks ataupun STPM ataupun A-Level atau yang sewaktu dengannya . Jadi , itu sebabnya aku perlu ada back-up plan . Baru-baru ini , ada mendapat berita salah seorang rakan sekelas akan pulang ke Malaysia dan meneruskan pengajiaanya di Malaysia memandangkan dia takmahu lagi membuang masa disini . Namun aku , bukan masih mahu membuang masa namun , aku belum lagi berputus asa . Perasaan sayang akan negara kedua ini sungguh kuat . Aku akan cuba sehabis baik , kalau perlu bertegas , aku akan kerana aku datang ke sini bersama-sama air muka ummi dan ayah , tidak mahulah dipandang serong oleh orang-2 sekeliling mereka seandainya aku pulang ke Malaysia . Tapi seandainya , takdir Allah , aku hanya menurut tapi percayalah aku takkan berundur sebelum aku cuba yang terbaik . Kerana apa aku sungguh keberaratan nak pulang ke tanah air ? Kerana seandainya aku pulang , aku tidak lagi akan memohon universiti melalui UPU untuk program asasi kerana aku sudah pun kategori B iaitu , yang ada cumalah diploma yang mana mungkin tidak membawa aku ke bidang yang aku mahu . Mahu tidak mahu , aku perlu ke swasta . Aku sungguh-sungguh meminta maaf kepada ummi sebab terlalu banyak menyusahkan ummi :'( . Tahu ummi balas apa ? "Ummi nak yang terbaik untuk kakak sebelum umi meninggal... ummi hanya boleh cari pusat pengajian ilmu sebab ummi takde ilmu nak ajar sendiri,Usaha dulu kalau tak dpt, ikutlah perancngan Allah . Kakak jgn risau , duit nanti ummi cari," .. Allah ... sayu . Dalam tangisan aku membalas , dalam keadaan tangan terketar-ketar aku gagahkan juga untuk sekali lagi memohon maaf, " Ummi , maafkanlah kakak seandainya ada apa-apa yang buat ummi terluka atau apa-apa pun . Kakak takut kalau-kalau jalan hidup kakak tersekat sebab ada salah dengan ummi," . Lalu dengan tenangnya ummi jawab , "Bukan salah kakak . Perancangan Allah , ada hikmahnya . Buat sesuatu biar kerana Allah , jadi anak yang baik . Itu dah cukup buat ummi bangga," . Ummi .. Terima kasih sebab tak putus-putus bagi semangat . Ya Allah , sungguh . Aku taknak dah ummi and ayah keluar duit kerana aku . Aku taknak ambil hak adik-adik aku yang lain . Mereka masih bersekolah dan perlukan banyak duit . Ya Allah , bantulah aku ... Hoca aku (cikgu dalam bahasa turki) pernah cakap "jika senang awak dapat universiti , susahlah belajarnya namun jika susah awak dapat universiti itu , in-sha-Allah mudahlah belajar nanti," . Allahu ... Sesungguhnya aku hanya berserah kepadamu dan memohon dikurniakan ketabahan hati ...
Buat rakan-rakan yang membaca post aku ni , cukuplah doa dari kalian kami minta . kami , student turki SPM 2013 menunggu doa dari kalian ...