Usai sahaja menunaikan solat maghrib , seperti biasa wirid dibaca . Sampai sahaja di part Surah Al-Fatihah , hati menjadi sayu sahaja mengamati setiap patah perkataan yang dibaca . Setelah habis sahaja membaca wirid lantas aku menadah tangan memohon doa bersungguh ke hadrat Ilahi agar benar-benar jalanku dimudahkan , dimurahkan rezekiku . Kepada siapa lagi ingin aku bergantung harap kalau bukan kepada Allah ? Setiap kali berdoa , aku cuba melembutkan hati sendiri supaya benar-benar meminta pada Allah sehingga mengalir air mata . Ya , pada aku bila air mata jatuh menangis , mengadu padaNYA bermakna aku benar-benar maksudkan apa yang aku mahu . Seperti anak kecil , bila mahukan sesuatu sungguh-sungguh menangis memujuk ayah bonda mahukan permainan . Begitu juga konsep yang aku gunakan . Allahu .
Sebentar tadi , aku bercakap dengan keluargaku di Malaysia . Berbincang juga mengenai apa perancangan masa depan aku sekiranya takdirku tidak dapat meneruskan pembelajaran aku di sini . Seolah hilang akal dan fikiran , masih terngiang-ngiang "Kalaulah tak dapat juga nak continue study this year , I'm not going to continue my study anymore ! Buat apa ummi and ayah nak susah susah habiskan duit untuk kakak lagi , masih ada Boan and Dafie untuk belajar," . Bila tersedar , aku seolah-olah mencabar takdir tuhan . Maksudnya , taknak menerima takdir Allah . Astaghfirullah , Ya Allah , ampunkan aku . Aku terlumpuh dalam ingatanku , apakah aku sudah menyerah kalah dalam pertempuranku ? Jujur , jauh di sudut hati kecil yang jahat ini sudah pun menyuruh aku berhenti mencuba . Penat ! Ya , penat dengan perjalanan yang jauh ini , yang tidak pasti pun ke mana hala tujunya ! Pada saat inilah iman perlu benar-benar kuat ! Dalam detik payah , dalam kabut resah , dalam masa sendu . Mudahnya benar hati ini diusik dengan bisikan . Bisikan siapa ? Ya , syaitan . Aku mencari di mana diri yang penuh bermotivasi yang kininya telah rebah lemah , tidak lagi bermaya seperti dulu dalam meniti hari-hari . Hari demi hari , semakin alpa , lalai dan terlupa akan yang esa . Solat semakin lewat pada waktunya . Hati menolak keras bila disuruh berimam , berusrah . Aku tidak mahu diganggu dengan semua yang bukan dengan hati yang rela ! Ya tidak mahu ! Diri ini terbaring lelah inginkan satu kerehatan yang benar-benar puas . Mana mungkin nafsu akan puas dengan dunia !
Tatkala diri sujud menyembah Ilahi , air mata berguguran mengenangkan apa yang hati ini cuba 'lakukan' . Kadang terfikir , pada siapa sebenarnya kau ingin 'rebel' ? Pada yang ESA ? mulut kata "Tidak , bukan begitu .. Tapi sekadar nak puaskan hati," Tapi hati kau sendiri cakap apa pulak ? Egoku membongkah , keras kepalaku benar-benar naik kepala . Tak mahukan lagi tarbiyyah . Futur . Ya , futur . Putus asa dari rahmat tuhan . Allah , ujian yang bukan sahaja menguji jiwa malahan juga iman . Allah .... Aku perlukan semangat dan sokongan ! Jujur , hati ini terasa kosong sekali . Jiwaku semakin tenat , lapar , dahaga dengan segala keperluannya . Seinginnya aku terbang jauh , meninggalkan semua yang ada di sekeliling . Dahulu , rasa bahagia dikelilingi rakan-rakan yang sembilan . Tapi kini tidak ada lagi perasaan itu . Jujur . Hilang . Hilang setelah berpecah rumah ! Malahan aku terasa seperti mahu lari dari mereka ini ! Seolah hilang segala memori yang dicipta bersama . Jujur. Aku serabut . Aku serabut dengan masalah aku . Juga serabut melihat rakan-rakanku juga mengalami nasib yang sama seperti aku . Aku tidak sanggup melihat rakan-rakanku mengalami nasib yang sama sepertiku sebenarnya , sebab itu aku terasa seperti mahu menjauh dari mereka. Tidak sanggup rasanya ingin tahu kesudahan persoalan-persoalan kita . Pada aku , cukup aku yang mengalami perkara ini . Arghh ! Taknak ! Taknak tahu sekiranya kalian juga terpaksa pulang ke Malaysia !
Readers , doakanlah kami disini . Kami datang membawa azam untuk membawa pulang sesuatu kepada ummah . Namun di awal perjalanan kami , kelihatan telah ramai rakan-rakan seperjuangan kami mengundur langkah dan sejujurnya , kami mahu tergolong dalam kalangan mereka yang akan membawa pulang sesuatu kepada ummah .
I HAVE COME THIS FAR AND I WILL SEE THIS THROUGH TO THE END