Hai. Pagi tadi kami menerima satu khabar buruk dari Hoca kami . Dia kata masalah kami ni orang Bab-ı Alem (sebutan dia baba Alem) tak dapat nak bantu . Namun , tidak hadir walau sekelumit pun perasaan sedih , kecewa mahupun risau di wajah aku . Bukan aku nak membangga diri namun jauh di sudut hati terbit satu keyakinan bahawa Allah takkan biarkan kami semua kecewa dengan keputusan kami datang ke sini . Sungguh , aku yakin akan hal itu . Masa pre-departure programme dulu , teringat pula peristiwa selepas majlis penutupnya , aku menangis semahu-mahunya . Masa tu , datang satu perasaan yang seakan-akan menghalang untuk aku meneruskan niat aku untuk terus belajar disini . Seakan-akan di momokkan perasaan bersalah kerana meninggalkan ummi and ayah , menolak tawaran belajar di Malaysia aku jadi tidak keruan pada masa itu walhal pada masa itu penerbangan aku tidak sampai 14 jam sahaja lagi . Tapi , Alhamdulillah Allah permudahkan , tiada satu hal pun menghalang . Namun , siapa sangka beberapa bulan sahaja aku berada di bumi Uthmaniyyah ini , tiba-tiba birokrasi berubah di mana Ministry of Education Turkey mengeluarkan satu birokrasi baru yang tidak mahu lagi pelajar-pelajar Malaysia yang menggunakan result SPM untuk masuk ke universiti-universiti . Allahu . Sungguh , selama aku hidup tidak pernah sedikit pun terlintas hal ini boleh terjadi dalam hidup aku . Yelah , hal berkaitan masa depan kita kan ..? Tapi , hidup ni takkanlah nak jadi mudah untuk menyerah kan ? Usaha perlu ada .
Aku mula bermuhasabah dan mencari di mana silap aku . Adakah sesuatu yang berlaku yang menghalang keberkatan dalam hidup aku ? Ya , jujurlah . Aku bukan seorang yang baik . Ke mana-mana pun aku pergi masalah yang aku hadapi is "cakap lepas," . Hm . Kadang-kadang aku bukan sengaja nak cakap lepas cumanya dalam sesetengah situasi , aku tidak tahu macam mana perlu berlapis . Maklumlah , kalau orang mahu menegur aku pun aku lebih suka kalau dia jujur , straight to the point je apa yang dia nak tegur , tak perlulah nak berlapis-lapis . Bila berlapis cakapnya , tak tersentap lah dihati . Bila teguran tu tak tersentap di hati bermakna teguran itu tak menjadi . I mean teguran tu tak menusuk kalbu and tak berjaya nak buat aku sedar tentang salah aku . Jadi , aku pun terfikir boleh jadi hal ini terjadi kerana salah aku sendiri . Aku minta maaf ya kawan-kawan ? Aku tak sempurna , dan tak akan mampu menjadi sempurna . Aku manusia biasa yang tak boleh lari pun dari salah dan silap . Jadi , maafkanlah aku . Maafkanlah aku supaya jalan hidup aku mudah . *sobsob* .
Tapi , ada lagi sebab kenapa Allah bagi ujian ni kat aku . Mungkin Allah nak uji iman . Sebab apa iman ? Sebab , Allah nak tengok aku ni letak pergantungan aku pada siapa ? Maksudnya , bila kita ada masalah kepada siapaa yang akan kita gantungkan harapan untuk tolong kita ? Bukan ke Allah ? Sebab Allah je yang kita ada . Lagi satu , Allah nak tengok kita ni bila ada masalah besar , siapa yang kita letak paling besar ? Kalau ditanya semua akan jawab Allah .. Tapi hakikat dalam hati ? Kita je tahu sendiri . Mulut kata Allah lah lagi besar dari masalah , tapi hati pulak risau je , 24 hours duk fikir masalah tu sampai tak khusyuk solat , stress memanjang ... Allah yang bagi ujian tu pada kita jadi mestilah Allah juga yang mampu menyelesaikannya . Cuma Allah nak uji , kita ni bila ada masalah hati kita lupa tak kat Allah . maksudnya , kalau kita lupa kat Allah maknanya kita dah letak masalah tu nombor 1 dalam hati kita , bukan Allah lagi . Perasan tak , kalau kita ni dalam masalah , perasaan gundah tu menyebabkan kita rasa nak solat setiap masa ? *well , tu aku . And I guess korang pun sama* Well , kita tengok bila kita nak hadapi exam besar , kuat betul buat solat hajat , solat sunat , qiam ... Kan ? Betapa hebatnya kuasa masalah tu , sampai hubungan kita dengan Allah semakin dekat ! *in-sha-Allah* Tu antara hikmah bila Allah turunkan ujian . Allah nak tambah iman kita , nak didik kita supaya jadi lebih baik . Jadi , bila ada masalah jangan benci masalah tu . Walau sebesar mana pun masalah tu , sentiasa cakap kat masalah tu "Allah lagi besar dari kau . Allah boleh hapuskan kau," . Allah bagi masalah tu sebab Allah sayang kita . Kalau manisnya tak dapat kat dunia ni , in-sha-Allah kat akhirat nanti dapatlah manisnya . Tapi dengan syarat , iaitu :
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;
Hm . Aku betul-betul percaya aturan hidup aku ni dah ditentukan dengan sebaik-baiknya oleh Allah sebab aturan Allah tu tak pernah salah ! Jadi , seandainya memang jodoh aku , aku akan mezun (grad) dari universiti di Turkey maka , jangan risau aku PASTI dapat ! *semangat untuk diri sendiri* . Okay kawan-kawan yang sedang membaca post ini , now tadah tangan and baca :
"Wahai Rabb yang memiliki kuasa , pemerintah sekalian Alam, yang maha pemurah lagi maha mengasihani , yang maha mengetahui apa yang kami tidak ketahui , permudahkanlah jalan hidupku serta sahabatku SOFIA LIYANA BINTI MOHD SUKRI . Berikanlah kami kekuatan , kecekalan dan ketabahan hati untuk mengharungi segala ujian dan cabaran yang mendatang . Peliharalah Iman kami dan janganlah kau jadikan ujian yang kami hadapi ini sebagai cabang untuk kami menjadi kufur ya Allah . Sesungguhnya hanya kepada engkau kami memohon doa meletakkan segala harapan kami ," Aameen ya Rabbal 'Alamin ..
Terima Kasih kerana mendoakan saya . Semoga kita sama-sama berpimpin tangan berubah untuk sama-sama menegakkan agama Allah dan bersama-sama berpimpin tangan menuju syurga Allah di akhira kelak :D In-sha-Allah , bi iznillah ...