Okay now . Just wanna share my experiences today . Tadi , aku and KR Gamma yang
comel-2 tu , Nasrul Amin , pergi ke SK Bukit Besar kerana mewakili sekolah ke Pertandingan Anugerah Nilam Peringkat KTS (Kuala Terengganu Selatan) . So , kami dengan bangganya memakai blazer KP and PKP punya blazer pada hari ini dan berjalan dengan penuh
angkuh dan bongkak dan bergaya dan so on lah kan ..
Hakhak . Kgurau . Macam ni , tadi kan aku hairan dengan diri aku ! Tahu tak kenapa ? *mestilah tak tahu kan?* haha . Tapi takpe . Aku saje je tanya . Sebabnya , aku TIDAK BERASA GENTAR ATAU TAKUT ATAU MENGGELETAR or even NERVOUS !!! magic kan dunia pada hari ini ? hahaha . Serius seriusss dong !
Sementara berada di bilik menunggu , boleh pulak aku duk ushar-2 blog irine , blog ernie and so on lah kan . Hahaha . Orang lain semua sibuk duk buat muka neboss . aku kat situ berlagak macam jadi bos ! main fb laa . haha . sakai gila ! Nasrul pulak siap tidur lagi . psiko orang lain katonyorrr . Lepastu , bila sampai turn aku , aku pun apa lagi , buat muka teruja ( bulatkan mata besar-besar lepastu joget ala-2 gangnam jahanam style !) haha . eh . takdelah . aku g bilik sebelah , (tak ingat ah bilik apa namanya tu) pilih petikan nombor 4 . Petikan tuh mengenai keselamatan wanita hari ini . Haha . Lepastu mereka bagi aku kertas untuk tulis isi . Aku pun apa lagi , tulis je la kan . Tulis punya tulis isi-2 dia tuh kan , tuptup dia kata tempoh 5 minit untuk memahami isi kandungan dan mengambil point-2 penting dah tamat . tapi mujurlah aku sempat tulis semua isi-2 dia . then , aku lepastupun turun ah kan , nak g 'dating' ngan dia punya penemuduga . lepastu tiba-2 rasa macam nak 'membazir' air . aku pun apa lagi , cepat-2 g jamban kan . haha . ngek je semua benda nak cerita ! =='
Lepastu , tiba2 aku tengok , Nasrul dah keluar daripada bilik penemuduga kan walhal aku , masuk pun tak lagi ==' . Aku mula rasa bosan dan terfikir untuk menari ala-2 ballerina pulak kat situ . haha . malangnya ramai orang ~ okaylah . selepas 30 minit aku jadi mak guard kat luar tuh , aku pun masuk . And Then , Mulalah sesi lakonan aku di dalam bilik juri tersebut ya anak-2 .
Toktoktok < ketuk pintu >
" Assalamualaikum . Boleh saya duduk Puan ?" . ngehngeh . agak-2 kalau anak lelaki dia ada kat situ mesti duk kenyit-2 mata kat aku lah . kompem punyoss .
" Oh . Silakan . Silakan .. Intro Please ," haha . ktipuhh . Lepastu , aku dah start rasa macam nak beroppa gangnam dah . haha . kaki tangan dah terangkat-2 .
" Okay , Sofia Liyana ye nama . Awak lebih suka saya panggil awak apa ye ?"
"Oh . Kalau di sekolah , kawan-2 dan cikgu-2 memanggil saya dengan nama OPIE ,"
" Hah ? Opie ? Takde maksud tuh . Awak tak rasa apa-2 ke ?" . *aku bingung*
" entah ar . biasa je ," . "Jadi , maknanya , kalau ada orang panggil awak takde maksud , awak tak kisah?" . dalam hati aku : Nak interbiu tuh interbiu je la ~
OH MAN ! Saya Bukan Mona Fandey !
*kgurau* . Then dia cakap "Okaylah . saya lebih suka nak panggil awak SOFIA ," . Aku pun angguk je lah .
"Okay , soalan pertama saya , sebutkan 2 nama kanak-2 yang telah menjadi mangsa keganasan lelaki ,"
Aku pun jawab dengan confident sambil main-2 mata dengan kertas catatan aku tadi . TIBA-2 :
" Oh . Awak tengok kertas ye . Patutlah cepat je jawab . Bak sinih kertas tuh ," . Dalam hati aku pun berkata : Lahai . Apa function suruh tulis benda tu ? Tak pasal-2 aku kene jawab 4 soalan ! soalan tadi dikira batal . sabo je la jahhh ~
Lepastu , macam-2 lah dia tanya . Aku pulak , jadi macam anak kelimamakhensem pergi jawab soalan dia bercampur BM+BI . aku dah la msuk nilam untuk Bahasa Melayu . Tapi campur-2 dengan BI . contoh kalau dia tanya soalan :
" Nyatakan kepentingan-kepentingan petani masa kini menggunakan peralatan moden dan canggih dalam kegiatan pertanian,"
Aku pun jawab , " Okay .
First sekali , mereka dapat blaa blaa blaa ,
then blaaaa blaaa blaaa
becoz , opps , kerana blaa blaa blaa
and also bla blaa blaa
so blaa blaa blaa ,"
See There ?
And then , last skali tuh , juri tuh pun cakap : "Awak memiliki kebolehan sof-skill yang tinggi tetapi , awak mencampur-adukkan BM dan BI menyebabkan struktur ayat awak agak berterabur . Jangan terlalu terikutkan sangat ENGLISH tu ya ,"
Aku pun macam : errr ~ and dengan petahnya aku pun menjawab
"Maaf sangat-2 puan dan encik . Kebitaraan sekolah kami adalah Bahasa Inggeris menyebabkan kami sentiasa berkomunikasi dalam Bahasa tersebut . Maafkan saya *tunduk comel*,"
Guess aku dapat nombor ke tak ? Aku dapat wehhh !!
Masa diumumkan keputusan , aku duk tengah main game HANGAROO . hahaaha . Dia start umum nombor 3 , aku pun terus shut down lappy . Tapi dia bukan sebut nama aku lah . Ak start rasa aku ni kalah dah ! Aku pun terus rasa macam nak tidur >_< . Then , tiba-2 diumumkan nama aku adalah pemenang tempat keDUA . tu yang aku rasa macam magic gilos . Hahahaha . Tapi , apapun ALHAMDULILLAH walaupun aku tak menang kali ni . Masa darjah 6 aku ke peringkat negeri .. Tapi , kalau aku menang pun , mesti aku rasa macam nak gila . sebabnya , rekod bacaan untuk sekolah menengah , aku tak buat ! Cuba kalau aku menang . Mesti macam nak gila buat rekod bacaan tuh kan . Hakhakhak . Aku datang harini cuma bawak sebuah beg yang berisi perfume , pencil box , laptop , bedak and also 2 buah novel yang disukai . About Nasrul pulak , dia dapat nombor 3 . Hihi .
Kami masing-2 membawa pulang sijil 2 seorang dan sebungkus nasi yang aku dah bagi kat TAUFIQ , my
beloved K.R . *muntah karat*
Haha . So , sampai sini je lah bebelan aku . Aku nak g saloon jap . Malam ni ada dinner dengan 'si dia' . Ohmaii . Sweetnya dia . Hahaha . koya
Ada High-Table je pun . Okay geng , jumpa lagi di muka buku !