ASSALAMUALAIKUM
Hm . Setelah lama mendiamkan diri bak kata orang , lama tak dengar khabar aku mula rasa antara medium untuk aku melepaskan perasaan adalah di sini . Yeah I mean this blog . Bukan kerana bila semua orang tahu masalah aku tapi sebab dengan cara menulis ni aku dapat meluahkan perkara-perkara yang terbuku dalam hati . Sebab , bila aku share dengan orang i mean kawan ke , ummi ke , ayah ke , family ke , dorang akan timbul perasaan risau dan aku taknak semua tu . I just need somebody to hear me . Kalaulah aku boleh bela kucing kan ... Gelebeh agaknya telinga kucing tu dengar masalah aku .In-sha-Allah aku akan bergiat semula dengan blog . Well , perkongsian aku mungkin bukanlah perkongsian ilmiah tapi pengalaman aku tu bolehlah dikongsikan supaya dapat dijadikan teladan dan pengajaran untuk semua orang . Bolehlah sama-sama kita ambil iktibar in-sha-Allah :)
Hm okay . Berbalik pada purpose aku mencoret di laman pinky pinky haini ni is mainly sebab ada sesuatu lah berlaku yang orang kata boleh di ambil pengajarannya . (tak habis habis dengan pengajaran ) . Macam ni , actually kami (aku and 9 others) dah duduk sini selama lebih kurang 7 bulan but kami still tak boleh fluent lagi nak cakap dalam bahasa turkey . Memandangkan kami tinggal sebumbung semuanya orang Malaysia , jadi macam 'mission impossible' untuk speak in turkish language all the times . meskipun dah banyak term kami tukar dalam bahasa turki still , to make a sentence is the hardest thing to do . I mean , when dealing with turkish people , trying to tell them problems that we faced , sometimes we used a wrong words or terms which they will say "anlamadım" (i dont understand) ! Kalau dapat yang jujur tak faham okaylah , boleh lah lagi nak terima tapi kalau yang bila kitorg cakap dia kata faham , tapi bila kawan dia datang , dia boleh cakap depan kitorang dia tak faham. Okay fine , tak faham kan . Dah tak faham , jangan cakap faham ! Tu satu dah masalah . Masalah yang lagi membengangkan , cakap depan kami "Onlar çok az Türkçe biliyorlar .Çok zayıf Türkçe biliyorlar," (mereka cuma tahu sikit je bahasa turki . Sangat lemah ) . Eh man ! agak ah , depan depan kot . Masalah dia , kami faham apa yang diorang cakap tapi tak mampu nak balas ! Memang down sangat-sangat bila kenang balik .
Tapi macam tu lah . Untuk refleksi diri sendiri , kami sepatutnya cakap dalam bahasa Turkey . Dah jadi satu bonus bagi kami bila belajar Bahasa Turki ni , duduk kat negara dia sendiri . duduk pulak dikelilingi orang turki . Tapi sayang , serumah tinggal semuanya melayu yang mana , memang sahih , confirm dan pasti lah berkomunikasi CUMA dalam bahasa melayu . Hoca (cikgu) kami selalu cakap kat kami "Artık siz B iki-siniz !" (Awak semua dah B2) . B2 ni level 4 from 5 level untuk bahasa Turki . Kami sepatutnya dah boleh berkomunikasi dengan baik untuk deal dengan orang Turki untuk buat certain urusan . Tapi , malangnya ... Aku cakap bai diri aku sendiri . Sebenarnya , aku memang tak minat sangat subjek bahasa . Kalaulah ada pilihan Math and bahasa seriously , Math-lah aku pilih . Macam tu lah . Bila datang sini barulah aku sedar , Bahasa tu Jiwa Bangsa . Bahasa ni merupakan medium untuk manusia berubung . bayangkan , kalau kita nak berhubung dengan orang lain , tanpa bahasa , apa lah yang akan jadi dengan dunia . Dan dari hal ini , kita boleh nampak betapa hebatnya manusia . Dari nama , kemudian jadi ayat kemudian derive and jadi lah sistem . See ? Bahasa pun ada sistem . Hebat bukan ? Aku dah pernah rasa betapa pentingnya bahasa dalam kehidupan manusia , sebab time mula-mula datang , nak buat urusan simple pun susah . Tambah-tambah orang sini ramai yang tak tahu English and time tu rasa sangat macam ya Allah ... aku ni macam orang asli yang cuba untuk berhubung dengan orang bandar untuk membuat sesuatu urusan . Nak membeli pun masalah ! Dia bagitahu total bayaran yang kita perlu bayar je tapi kerana kita tak faham bahasa dia , susah bagi kita nak bagi duit kat dia . Last sekali bagi je duit besar kat dia supaya tak terkurang duit tu . Then dia tanya pulak takde duit kecil ke , agak-agak tak faham , sengih je . Hahahaha ^_^ .
Minta semua rakan-rakan yang membaca post kali ini doakan kami ya . Kami tunggu doa kalian :)