Holla . Lama betul aku tak update kan . Huhu . Well ~ I'm busy working ... Mencari pengalaman baru lah katakan . Bosan juga duduk rumah je hari-hari . Bukan nak kata kat rumah takde kerja , kerja memang banyak tapi bosan la tak jumpa orang . Sekurang-kurangnya , dengan bekerja ada juga benda baru yang aku pelajari . Betapa peritnya dan letihnya untuk mencari duit tu . Tapi , apa yang aku dapat ulaskan , aku seronok sangat bekerja , KENAPA ? sebab , Allah menemukan aku dengan sebuah komuniti yang baik-baik dan dengan lebih jelasnya , aku dikelilingi oleh para-para alim ulama' . [penegasan di sini , ulama' bermaksud orang yang banyak ilmu] . Bos aku yang sangat tidak berkira orangnya dan secara keseluruhan boleh dikatakan macam family sendiri . Alhamdulillah ...
Oh . Sekarang , kawan-kawan aku semuanya dok busy masuk belajar sana sini , biasiswa sana sini . Hahaha . So aku pun . Tawaran yang aku dapat memang agak banyak . See here :
- Programme A-Level in Oxford , United Kingdom
- Programme A-Level in Abraham College , United Kingdom
- Programme A-Level in INTI , Nilai Malaysia
- Foundation course in Australia [ U apa ntah . Tak ingat ]
- Kolej Matrikulasi Selangor [ Sains ]
- Fast Track , USA
- UNIMAS [asasi sains hayat]
- Medical Degree University of Instanbul , Turkey
Alhamdulillah , i got 22A and 1B for the whole exam I took . Alhamdulillah . My SPM's result memang bukan yang terbaik tapi masih baik .. Hihi . apapun , yang kerajaan punya dapat 2 jer . Haha . Tapi , takpelah . Belajar mana-mana pun sama je . Yang penting niat tu , nak belajar insyaAllah , boleh je . Ya Allah , please ease everything ...
Okay . ni haa jah . nak cerita pasal zaman sekolah dulu-dulu . Hahahahaha . Babe , PENIPU lah kalau kau kata kau tak rindu zaman sekolah kau dulu walaupun secebis . Aku rindu suasana time prep , time team work , any team work lah and many more ~ :-'(
Aku ingat dulu , time cikgu BM aku tengah mengajar , ibu kesayangan aku , Ibu Dalina duk mengajar kat depan , aku yang duduk belakang nih , duk main conteng spek . Hahaha . Aku and Ayu ler tuu . Hahaha . Pinjam marker Ayu , lepastu conteng spec lepastu pakai then ketawa ketawa . Ahahahaha ~ Nasib ler cikgu tak perasan . Ehehehehe ~ Subjek BM ni , paling aku suka is kertas 1 sebab apa ? sebab aku rasa , aku dapat luahkan apa yang aku tak puas hati tentang sesuatu isu tuh . Pernah terjadi satu ketika ni , salah sorang kawan aku , Fasha , dia tulis kat karangan dia , "Guru-guru tidak patut mengambil masa pendidikan sivik sebagai masa ganti belajar subjek subjek lain," alah lebih kurang la ayat dia . haha . so , cikgu-cikgu mungkin rasa terpukul dengan ayat tu . hahahaha ~ see , kita dapat meluahkan apa yang kita rasa tentang sesuatu isu tu dalam karangan and the most important , karangan aku selalu dapat markah tinggi . hahaha . Alhamdulillah .
Haa ni lagi satu , aku bila time sejarah , semua buat muka . SIAPA TAK BOSAN kannnn ~ Pernah sekali tu , cikgu Rozazat mengajar 4 masa . Bila masuk masa ketiga , semua orang tidur =..= . Hahahaha . Ada sekali tu , duduk kat bilik kuliah , cikgu mengajar . Cikgu aku tu jenisnya suka tanya student pendapat mengenai sesuatu tajuk yang kitorang tengah belajar . And aku , student yang sejak azalinya tak berapa nak bijak and kuat ingatan sangat dengan fakta-fakta sejarah OF COURSE lah rasa mcm nak terkencing bila dapat soalan-soalan aras tinggi [berfikir di luar kotak typical] . So aku decided untuk duduk bawah meja . Haha . Meja kat bilik kuliah aku tu panjang then tertutup bahagian depan means , bila orang duduk bawah meja , cikgu tak perasan la . Duduk punya duduk , tertido ! Hambek kau 4 masa straight aku tido . Berdosanya aku dengan cikgu ... At last , I manage to get A only for Sejarah in my SPM walhal cikgu pernah cakap kat aku , "Sofia , saya yakin dan target awak boleh dapat A+ SPM . Buat betul-2," . Ditakdirkan , pada hari peperiksaan , untuk kertas 1 ALHAMDULILLAH , everything was going well tapi kertas 2 , esei aku cuma 1 je yang boleh diharap ! The another , hancur berderai bak kaca terhempas ke lantai ! Menangis-nangis aku lepas habis kertas 2 tu . Tapi , apapun Alhamdulillah keputusannya masih yang terbaik walaupun bukanlah yang terbaik . So , the conclusion is , JANGAN TIRU AKSI INI
Ni satu habit aku . Hahahaha . [gelak dulu] . Aku suka sangat bernyanyi-nyanyi dalam tandas kuat-kuat lagi-lagi time basuh baju manual . Hahaha . Lepastu tahu-tahu je sampai aras bawah dengar . Hahahaha . Kadang-kadang aku bawak speaker aku masuk tandas . Dah macam disko dah tandas tuh aku buat =..= . Okay , next is aku ni nakal orangnya ! masa form 5 aku pegang phone sendiri . Haha . Kalau aku ada mood je aku hantar kat cikgu . If not , aku letak je phone tu kat kelas . Aku bawa laptop sendiri so , nak mengecas bukan masalah bagi aku . Lagipun bab-bab mengecas ni , boleh je bagi kat aspura . Aspura bereh je nak tolong cas phone . Hahaha . Well , peraturan memang dirangka KHAS UNTUK ASPURI SAHAJA . aspura , tiada siapa kesah .KECUALI kes rokok . Bila ada ura-ura ada spotcheck , mula lahh semua rasa nak baling phone atas langit . hahaha . And then masa tu lah , Aspuri akan menggunakan khidmat Aspura untuk tolong simpankan handphone ! see ? how naughty was me . Well , makin kita dekat dengan exam , makin beban kepala otak kita , dalam kata lain STRES ! ya . STRES . so , aku memerlukan satu alat perhubungan untuk menghubungi ummi aku untuk share semua benda pada bila-bila masa ! so JANGAN TIRU AKSI INI
the PULAU REDANG
Aku tak pernah sangka gak sebenarnya aku ni boleh ar boleh ar nak dikatakan
RATU AIR MATA . Hahaha . Banyak kali aku menangis sepanjang duduk sekolah tu . Hahahaha . Sensetip punya pasal =..= . Please please ,
JANGAN TIRU AKSI INI . Pernah sekali tu , Der ajar aku ekmek , yang aku ni pulak lambat sikit nak fikir kenapa kene buat macam tu , kenapa tak buat macam ni . ==' . Tiba tiba dia frust ajar aku , dia cakap "ni pun tak tahu," . kecil hati woiy . apa lagi , mula mula ye la bergenang ! then .. melalak lahh . Ada lagi satu peristiwa tuh , aku kene panggil dengan ayahanda , pengetua aku sebab , kad outing aku letak gambar adik aku masa baby ! hahahaha . MAKLUMLAH , masa zaman sekolah , zaman aku berfoya-foya . Duit joli habis . beli kad outing banyak-banyak . alkisahnya sebab selalu je hilang kad outing aku tu . Hahaha . Back to the story , aku panggil kat depan perhimpunan . DAHLA AKU SORANG JE ASPURI ! pehh pehh . hahaha . Mula-mula ketawa lah . hahaha . lepastu , dah kene berdiri kat depan tu sorang-sorang je perempuan , merahlah muka aku . mulalah begenang air mata . hahahaha . Then , dah habis dileteri , aku pun kembali ke tempat aku , peluk sape entah , terus melalak-lalak . Hahahaha . Dahla masa tu tengah trial SPM ! Haritu adalah periksa addmath okay . ULANG SUARA : ADDMATH ! ADDMATH !! ADDMATH !! huuu haru aku dibuatnya . Lepas peristiwa tuh , tobat dah taknak outing lagik !
iklan jap . haha
Oh masa form 5 lah aku rasa ada life sikit kat asrama . Bebas tanpa naungan golongan yang dikatakan 'senior' sebab kita lah senior ~ haha . segala benda jahat aku cuba buat . kene panggil ciku la sebab cakap ngan lelaki ~ blablabla . hahaha . gelak sendiri je bila ingat balik . Tapi masa form 5 lah banyak sangat dugaan dalam batch kami . Terasa sangat . Histeria la :/ . Tapi , aku tak berminat sangat nak took part melayan budak-budak histeria ni . Nanti ada aku g tampar muka bebudak histeria tu . So aku ignore saja . Rumate comel aku ni baik hati sangat yang teramat sangat . Hampir setiap malam jugak dia akan menemani budak-budak histeria ni . means tidur sebilik ngan diorang la . Aku sensorang . Huu . Berani seyy aku . Hahaha .Takut memang ada . Tipu sangat takde langsung perasaan takut tu .Tapi , aku yakin Allah sentiasa ada disisi aku . Hee . Dah tak tahan sangat perasaan takut tu , buka laptop , pasang ngaji-2 . Tidur dengan ayat Qur'an ..Alhamdulillah , takde apa pun yang berlaku kat aku ... Then , KRISIS AIR ! phewww . Nak mandi pun susah tahu tak ! Sokmo tadak air . Perghh . Nak berak pun tergendala . Serius ah . Perempuan kan setiap bulan bercuti gumbira kan . Tapi , dikeranakan krisis yang melanda ini , kami sentiasa berada dalam keadaan berduka lara ! Payah weyhh . Hahaha . Pam rosak , tak boleh nak pam air naik atas tangki katonyor ~ Iyekan saja lah kan . Kesian K.P asyik kene mewartakan : " Malam ni , prep boleh pakai T-Shirt" . Hahaha . Heaven jugak ~ Tapi yang tak tahan , kitorang susah sangat nak mendapatkan minuman . Selalu kekeringan ! Sumber air cuma di dewan makan sahaja . Hm . Baru tahu masa tu macam mana rasanya bila Allah tarik nikmat air . Baru ler sedar langit tu tinggi ke rendah ! Makan megi jangan cite ah . Tadak air .. So aktiviti memakan megi diSTOPkan serta merta ! Oh ya . Yang pasal kedatangan ular besar anaconda tu . Hahaha . sampai bomba datang babe ! Masa tu , macam-macam spekulasi timbul ! Ada yang kata ular jadian la . Ada yang kata orang hantar la . haha . tak boleh bla gila la seyy . JANGAN TIRU AKSI INI .
Hm . Ni habit perempuan . Kalau ada waktu free , masing-masing duk sibuk fikir pasal KAWEN . please please , JANGAN TIRU AKSI INI . ahahaha . Kau nak lelaki yang macam mana . Anak lah apa . Kalau orang tanya , aku jawab aku nak kawen dengan lelaki yang BERIMAN , TINGGI ILMU AGAMANYA , BERHARTA and BOLEH PIMPIN AKU KE JANNAH . Taknak yang handsome . Lepastu yang tak boleh blah , nanti bila buat reunion , nak buat pertandingan suami siapa paling hensem lah , ank siapa paling comel lah , anak siapa paling ramai lah apa . Lepastu , gelak ramai-2 . Ada sorang kawan baik aku ni , Aliff katanya nak kawen dengan janda kaya . Sebab banyak benefit nya ~ Hahahaha , Peoples , it just a joke . Please please , don't take it as a serious matter . Hahahaha ~ Then time SPM , aku buat SESTER tu macam rumah aku . Suka suki aku je pakai baju tah pape . Hahaha . Prep takyah cerita ah malasnya tahap apa nak turun . Study kat bilik je aku ~ Then waktu maghrib , ramai-ramai kumpul kat bilik aku tengok wayang cicak . Kebetulan bilik aku , tadak langsir [kes malas pasang] . Dahla exco 3K . haha . barlah . Aku tak suka gelap ! sebab tu malas nak pasang . Aku pun tak faham kenapa since form 4 sampai form 5 , tingkap bilik aku tu selalu penuh dengan cicak ! ='= buntu aku lah . then , still remember , aku ni jenis manusia malas nak menyidai baju kat ampaian . So sidai kat aras je . Malas aku nak cari tempat kosong kat ampaian tu . Selalu penuh je . Kita nak menjemur , kita yang kene alihkan baju orang . Ah malas malas ! Orang yang menyidai pulak , tak reti reti nak angkat . pfft ~ so at last aku sidai depan bilik aku je . senang ~ lepastu ditakdirkan satu hari tu , cikgu Nurlina buat spotcheck . Habis baju baju aku melayang kat bawah . hahahaha . apa lagi , g kutip ler aku ni . Hahahaha . EXCO 3K tak berguna betul aku ni . haha . JANGAN TIRU AKSI INI .
Still remeber masa musim buah . Aku , Chek , Auni , Khuzek and the rest sibuk duk panjat pokok ambil rambutan makan ramai-ramai belakang dewan makan . Waktu operasinya of course lah hari jumaat time aspura g solat . ngehngehngeh . Pernah buat Idea gila , time dorang g solat jumaat , kitorang masuk aspura semata-mata nak g ambil buah pelam . hahahahaha . makan colek ~ hahaha . Then the last moments kat SESTER , ramai-ramai duk meriahkan bilik rehat , study . hahaha . macam-macam makanan kitorang tinggal ! Sampai ada cik tikus datang tinggal . owk Ijah owk ? yang duduk kat bilik gosok lagi best , ada pembakar roti lagi . hahaha . g minta roti kat akak dewan makan then , bakar ~ hahahaha .
Hm .. Macam-macam benda aku buat . Hahaha . Such a nice memories to remember ... How I miss my school ...
Barisan pengawas
the KETUA PELAJAR {head girl and head boy}
Raya 2012
my batch
my classmate :')
my classmate during form 4 . On my birthday
le' seniors 2013 aspura
Batch kami (Raya 2013)
speech choir peringkat piala diraja terengganu 2012
Okay sekian sahaja , leteran kali ini . Berjumpa lagi di tulisan yang lain pula ! Assalamualaikum ;)