-->
Ini Kisah Hidup Cik Opie

Thursday, February 19, 2015

Last Winter in Istanbul

 

          Sejuk . Tapi seronok . Ya , itulah perasaan yang sedang aku alami . Sekarang , suhu tidaklah sejuk mana , -1 degree tapi , yang seronoknya ribut salji sedang berlaku ! Bandar-bandar sekitar dilitupi oleh salji , memutih di seluruh pelosok bandar di Istanbul . Yeayyy Scha Al-Yahya pun ada di Istanbul sekarang ! *okay yang itu iklan* . Subhanallah . Indahnya ciptaan mu . Baru sekejap tadi kami menikmati ABC buatan sendiri . Ya , ABC original dari sang pencipta . Seronok bukan kepalang ! Our crave fulfilled ! Biarpun ABC kami tak se-perfect ABC di Malaysia namun kelembutan salji , kehalusan texture-nya berjaya membuat kelainan pada ABC versi Istanbul ni . Kata orang tempoh nak makan ABC ni dalam 3 bulan je setahun (musim salji je dapat) sebab di musim biasa , nak buat ABC sendiri alat tidak ada ... Mengharapkan salji je la .. Huhuhu . Bersalutkan serbuk koko , susu pekat manis dan sirap sudah cukup buat kami semua makan sehingga 3 mangkuk ABC ! Jadi post pada kali ini aku nak belanja gambar-gambar sekitar sini :)
































Buat pengetahuan semua , tahun ini merupakan tahun yang saljinya agak tebal di Istanbul kerana sebelum ini salji di Istanbul sangat sedikit dan sekejap . Alhamdulillah , Allah bagi peluang tengok sendiri salji di sini tahun ini . Semoga tahun-tahun mendatang pun Allah masih bagi keizinan untuk terus melihat lagi salji for real ... Aaameen . Doakan ..




PUTIH_zps5df9e837
Direpekkan oleh Ni Opie Lah ! at 5:46 AM
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Dugaan adalah satu Ujian


assalamualaikum doodle gif ile ilgili görsel sonucu



          Hai. Pagi tadi kami menerima satu khabar buruk dari Hoca kami . Dia kata masalah kami ni orang Bab-ı Alem (sebutan dia baba Alem) tak dapat nak bantu . Namun , tidak hadir walau sekelumit pun perasaan sedih , kecewa mahupun risau di wajah aku . Bukan aku nak membangga diri namun jauh di sudut hati terbit satu keyakinan bahawa Allah takkan biarkan kami semua kecewa dengan keputusan kami datang ke sini . Sungguh , aku yakin akan hal itu . Masa pre-departure programme dulu , teringat pula peristiwa selepas majlis penutupnya , aku menangis semahu-mahunya . Masa tu , datang satu perasaan yang seakan-akan menghalang untuk aku meneruskan niat aku untuk terus belajar disini . Seakan-akan di momokkan perasaan bersalah kerana meninggalkan ummi and ayah , menolak tawaran belajar di Malaysia aku jadi tidak keruan pada masa itu walhal pada masa itu penerbangan aku tidak sampai 14 jam sahaja lagi . Tapi , Alhamdulillah Allah permudahkan , tiada satu hal pun menghalang . Namun , siapa sangka beberapa bulan sahaja aku berada di bumi Uthmaniyyah ini , tiba-tiba birokrasi berubah di mana Ministry of Education Turkey mengeluarkan satu birokrasi baru yang tidak mahu lagi pelajar-pelajar Malaysia yang menggunakan result SPM untuk masuk ke universiti-universiti . Allahu . Sungguh , selama aku hidup tidak pernah sedikit pun terlintas hal ini boleh terjadi dalam hidup aku . Yelah , hal berkaitan masa depan kita kan ..? Tapi , hidup ni takkanlah nak jadi mudah untuk menyerah kan ? Usaha perlu ada . 

          Aku mula bermuhasabah dan mencari di mana silap aku . Adakah sesuatu yang berlaku yang menghalang keberkatan dalam hidup aku ? Ya , jujurlah . Aku bukan seorang yang baik . Ke mana-mana pun aku pergi masalah yang aku hadapi  is "cakap lepas," . Hm . Kadang-kadang aku bukan sengaja nak cakap lepas cumanya dalam sesetengah situasi , aku tidak tahu macam mana perlu berlapis . Maklumlah , kalau orang mahu menegur aku pun aku lebih suka kalau dia jujur , straight to the point je apa yang dia nak tegur , tak perlulah nak berlapis-lapis . Bila berlapis cakapnya , tak tersentap lah dihati . Bila teguran tu tak tersentap di hati bermakna teguran itu tak menjadi . I mean teguran tu tak menusuk kalbu and tak berjaya nak buat aku sedar tentang salah aku . Jadi , aku pun terfikir boleh jadi hal ini terjadi kerana salah aku sendiri . Aku minta maaf ya kawan-kawan ? Aku tak sempurna , dan tak akan mampu menjadi sempurna . Aku manusia biasa yang tak boleh lari pun dari salah dan silap . Jadi , maafkanlah aku . Maafkanlah aku supaya jalan hidup aku mudah . *sobsob* . 

          Tapi , ada lagi sebab kenapa Allah bagi ujian ni kat aku . Mungkin Allah nak uji iman . Sebab apa iman ? Sebab , Allah nak tengok aku ni letak pergantungan aku pada siapa ? Maksudnya , bila kita ada masalah kepada siapaa yang akan kita gantungkan harapan untuk tolong kita ? Bukan ke Allah ? Sebab Allah je yang kita ada . Lagi satu , Allah nak tengok kita ni bila ada masalah besar , siapa yang kita letak paling besar ? Kalau ditanya semua akan jawab Allah .. Tapi hakikat dalam hati ? Kita je tahu sendiri . Mulut kata Allah lah lagi besar dari masalah , tapi hati pulak risau je , 24 hours duk fikir masalah tu sampai tak khusyuk solat , stress memanjang ... Allah yang bagi ujian tu pada kita jadi mestilah Allah juga yang mampu menyelesaikannya . Cuma Allah nak uji , kita ni bila ada masalah hati kita lupa tak kat Allah . maksudnya , kalau kita lupa kat Allah maknanya kita dah letak masalah tu nombor 1 dalam hati kita , bukan Allah lagi . Perasan tak , kalau kita ni dalam masalah , perasaan gundah tu menyebabkan kita rasa nak solat setiap masa ? *well , tu aku . And I guess korang pun sama* Well , kita tengok bila kita nak hadapi exam besar , kuat betul buat solat hajat , solat sunat , qiam ... Kan ? Betapa hebatnya kuasa masalah tu , sampai hubungan kita dengan Allah semakin dekat ! *in-sha-Allah* Tu antara hikmah bila Allah turunkan ujian . Allah nak tambah iman kita , nak didik kita supaya jadi lebih baik . Jadi , bila ada masalah jangan benci masalah tu . Walau sebesar mana pun masalah tu , sentiasa cakap kat masalah tu "Allah lagi besar dari kau . Allah boleh hapuskan kau," . Allah bagi masalah tu sebab Allah sayang kita . Kalau manisnya tak dapat kat dunia ni , in-sha-Allah kat akhirat nanti dapatlah manisnya . Tapi dengan syarat , iaitu : 


A045
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;

          Hm . Aku betul-betul percaya aturan hidup aku ni dah ditentukan dengan sebaik-baiknya oleh Allah sebab aturan Allah tu tak pernah salah ! Jadi , seandainya memang jodoh aku , aku akan mezun (grad) dari universiti di Turkey maka , jangan risau aku PASTI dapat ! *semangat untuk diri sendiri* . Okay kawan-kawan yang sedang membaca post ini , now tadah tangan and baca :

"Wahai Rabb yang memiliki kuasa , pemerintah sekalian Alam, yang maha pemurah lagi maha mengasihani , yang maha mengetahui apa yang kami tidak ketahui , permudahkanlah jalan hidupku serta sahabatku SOFIA LIYANA BINTI MOHD SUKRI . Berikanlah kami kekuatan , kecekalan dan ketabahan hati untuk mengharungi segala ujian dan cabaran yang mendatang . Peliharalah Iman kami dan janganlah kau jadikan ujian yang kami hadapi ini sebagai cabang untuk kami menjadi kufur ya Allah . Sesungguhnya hanya kepada engkau kami memohon doa meletakkan segala harapan kami ," Aameen ya Rabbal 'Alamin ..

Terima Kasih kerana mendoakan saya . Semoga kita sama-sama berpimpin tangan berubah untuk sama-sama menegakkan agama Allah dan bersama-sama berpimpin tangan menuju syurga Allah di akhira kelak :D In-sha-Allah , bi iznillah ...



PUTIH_zps5df9e837
Direpekkan oleh Ni Opie Lah ! at 5:12 AM
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Friday, February 13, 2015

Tanggal 12 Februari 2015

ASSALAMUALAIKUM

   2.47 a.m waktu Istanbul ,
   8.47 a.m waktu Malaysia ,
13 Februari 2015

Entah kenapa , malam ini aku tidak berjaya melelapkan mata walaupun yang sebenarnya aku ngantuk sangat sejak usrah tadi . Seakan memahami isi hati ini , isi dunia yang sedang aku lihat sekarang  ini seakan turut merasai pemergian tuan guru NIK AZIZ , ya pemimpin yang cukup aku kagumi . Allahurabbi .

Meng-quote balik kata kata Dr.Anwar Fazal ,

   "Langit lebih dulu menangis hingga bah tahun ini lebih luar biasa dari sediakala di serambi Mekah.Rupanya petanda pemergian Murabbi ummah,"

Rupanya ciptaan Allah yang lain sudah tahu dulu dari kita . Ya Allah beratnya ujian sahabat sahabat kami di Kelantan sana . Berikanlah mereka kekuatan ya Allah .. Hilangnya seorang permata ummah ini , lahirkanlah permata ummah yang lain , biar berganda ya Allah , hadiahkanlah kepada kami rakyat Malaysia ini ...

Masa terus bergerak . Kini masih bersisa lebih kurang 1 jam sebelum Tuan Guru di solatkan . Rasa seperti tak mahu juga tidur . Nak tunggu sehingga jenazah disolatkan . meskipun jauh ,  hati tetap rasa seperti di Malaysia.

Entahlah . Bila terpandang syiling di dalam gelap ini , kosong . Ya , kosong . Seakan kena pada diri sendiri ! Selama 18 tahun 7 bulan ini , apalah yang aku dah buat untuk agama , untuk ummah . Apa yang aku fikir untuk bangunkan ummah . Apa misi aku untuk satukan ummah ? Nah , jawapan bagi semua persoalan tadi . Belum ada pun ! Tak ada ! Yang aku fikir cuma nak masuk universiti ! Nak jadi doktor ! Itu je . Padahal bukan aku tak tahu masalah ummah . Bukan aku tak tahu bahawa Islam perlukan pemuda pemudi macam kita untuk naikkan balik khilafah-khilafah yang jatuh . Islam takkan ke mana kalau dapat penganut-penganut yang cuma pentingkan diri sendiri , tak rela korbankan diri demi agama sendiri . Allahurabbi .

Aku perlu kembali pada tuhan . Pada Allah . Pada pencipta . Bersujud padanya memohon keampunan , memohon hajat , memuji kebesarannya , mensyukuri atas segala nikmatnya .

Ya Allah , sungguh . Mata ini masih luas terbuka seakan sekarang adalah pagi . Sementara Allah pinjamkan nikmatnya , ada baiknya aku buat Qiam . Hafaz Quran . Kan ?

Oh ya . Kenapa title aku berupa tarikh ya kali ini ? hm kerana , aku taknak lupa inilah tarikh perginya seorang insan yang cukup aku kagumi sikapnya , pemerintahannya yang pernah Allah pinjamkan untuk Malaysia suatu tika dulu . Tarikh pemergiannya sama dengan tarikh pemergian Imam Hassan Al -Banna , Juga seorang Ulama' yang banyak sekali ditimpa ujian berupa fitnah dari orang ramai . Semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas mereka serta ditempatkan di kalangan orang2 beriman , aameen in-shaa-Allah . Tenanglah dikau disana wahai permata Islam .



PUTIH_zps5df9e837
Direpekkan oleh Ni Opie Lah ! at 9:20 AM
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Tuesday, February 10, 2015

ASSALAMUALAIKUM 



     Hm . Setelah lama mendiamkan diri bak kata orang , lama tak dengar khabar aku mula rasa antara medium untuk aku melepaskan perasaan adalah di sini . Yeah I mean this blog . Bukan kerana bila semua orang tahu masalah aku tapi sebab dengan cara menulis ni aku dapat meluahkan perkara-perkara yang terbuku dalam hati . Sebab , bila aku share dengan orang i mean kawan ke , ummi ke , ayah ke , family ke , dorang akan timbul perasaan risau dan aku taknak semua tu . I just need somebody to hear me . Kalaulah aku boleh bela kucing kan ... Gelebeh agaknya telinga kucing tu dengar masalah aku .In-sha-Allah aku akan bergiat semula dengan blog . Well , perkongsian aku mungkin bukanlah perkongsian ilmiah tapi pengalaman aku tu bolehlah dikongsikan supaya dapat dijadikan teladan dan pengajaran untuk semua orang . Bolehlah sama-sama kita ambil iktibar in-sha-Allah :)

   Hm okay . Berbalik pada purpose aku mencoret di laman pinky pinky haini ni is mainly sebab ada sesuatu lah berlaku yang orang kata boleh di ambil pengajarannya . (tak habis habis dengan pengajaran ) . Macam ni  , actually kami (aku and 9 others) dah duduk sini selama lebih kurang 7 bulan but kami still tak boleh fluent lagi nak cakap dalam bahasa turkey . Memandangkan kami tinggal sebumbung semuanya orang Malaysia , jadi macam 'mission impossible' untuk speak in turkish language all the times . meskipun dah banyak term kami tukar dalam bahasa turki still , to make a sentence is the hardest thing to do . I mean , when dealing with turkish people , trying to tell them problems that we faced , sometimes we used a wrong words or terms which they will say "anlamadım" (i dont understand) ! Kalau dapat yang jujur tak faham okaylah , boleh lah lagi nak terima tapi kalau yang bila kitorg cakap dia kata faham , tapi bila kawan dia datang , dia boleh cakap depan kitorang dia tak faham. Okay fine , tak faham kan . Dah tak faham , jangan cakap faham ! Tu satu dah masalah . Masalah yang lagi membengangkan , cakap depan kami "Onlar çok az Türkçe biliyorlar .Çok zayıf Türkçe biliyorlar," (mereka cuma tahu sikit je bahasa turki . Sangat lemah ) . Eh man ! agak ah , depan depan kot . Masalah dia , kami faham apa yang diorang cakap tapi tak mampu nak balas ! Memang down sangat-sangat bila kenang balik .

Tapi macam tu lah . Untuk refleksi diri sendiri , kami sepatutnya cakap dalam bahasa Turkey . Dah jadi satu bonus bagi kami bila belajar Bahasa Turki ni , duduk kat negara dia sendiri . duduk pulak dikelilingi orang turki . Tapi sayang , serumah tinggal semuanya melayu yang mana , memang sahih , confirm dan pasti lah berkomunikasi CUMA dalam bahasa melayu . Hoca (cikgu) kami selalu cakap kat kami "Artık siz B iki-siniz !" (Awak semua dah B2) . B2 ni level 4 from 5 level untuk bahasa Turki . Kami sepatutnya dah boleh berkomunikasi dengan baik untuk deal dengan orang Turki untuk buat certain urusan . Tapi , malangnya ... Aku cakap bai diri aku sendiri . Sebenarnya , aku memang tak minat sangat subjek bahasa . Kalaulah ada pilihan Math and bahasa seriously , Math-lah aku pilih . Macam tu lah . Bila datang sini barulah aku sedar , Bahasa tu Jiwa Bangsa . Bahasa ni merupakan medium untuk manusia berubung . bayangkan , kalau kita nak berhubung dengan orang lain , tanpa bahasa , apa lah yang akan jadi dengan dunia . Dan dari hal ini , kita boleh nampak betapa hebatnya manusia . Dari nama , kemudian jadi ayat kemudian derive and jadi lah sistem . See ? Bahasa pun ada sistem . Hebat bukan ? Aku dah pernah rasa betapa pentingnya bahasa dalam kehidupan manusia ,  sebab time mula-mula datang , nak buat urusan simple pun susah . Tambah-tambah orang sini ramai yang tak tahu English and time tu rasa sangat macam ya Allah ... aku ni macam orang asli yang cuba untuk berhubung dengan orang bandar untuk membuat sesuatu urusan . Nak membeli pun masalah ! Dia bagitahu total bayaran yang kita perlu bayar je tapi kerana kita tak faham bahasa dia , susah bagi kita nak bagi duit kat dia . Last sekali bagi je duit besar kat dia supaya tak terkurang duit tu . Then dia tanya pulak takde duit kecil ke , agak-agak tak faham , sengih je . Hahahaha ^_^ .

Minta semua rakan-rakan yang membaca post kali ini doakan kami ya . Kami tunggu doa kalian :)


PUTIH_zps5df9e837
Direpekkan oleh Ni Opie Lah ! at 12:22 AM
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Saturday, February 7, 2015

Hidup Satu Ujian

ASSALAMUALAIKUM




    ونبلوكم بالشر والخير فتنة وإلينا ترجعون
    ”Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan.”[Al-Anbiyaa’: 35]
Allah Allah ... sungguh . Lama aku menyepi kan ? Apa khabar semuanya ? Moga baik baik belaka atas hendakNYA . Hm . Lama aku menyepi ni bukanlah maksudnya aku takmahu berkongsi kisah suka dan duka aku dengan kawan kawan di Malaysia . Bukan macam tu . Tapi , aku nak kumpulkan semua perkara yang aku belajar dalam hidup untuk aku pandang cermin , lihat diri sendiri dan seterusnya muhasabah diri sendiri kemudian berkongsi bersama suka duka pahit getir hidup yang telah pun atau mungkin sedang aku lalui bersama hikmahnya .

Dalam hidup aku tak pernah sekali pun terlintas di hati nak letakkan diri di ISTANBUL . Ya , ISTANBUL . Tempat yang pernah menjadi empayar besar Islam . Tanah ini . Ya tanah yang aku pijak sekarang ini pernah dilalui oleh orang orang hebat Islam . Tapi aku ? Siapa aku ? Sampai hari ini aku sendiri masih tak nampak lagi asbab asbab Allah hantar aku ke sini . Adakah untuk mentarbiyyah aku ? Bila bercakap mengenai tarbiyyah , tidak aku menyangkal memang banyak perkara aku belajar dari penglihatan aku sendiri dan semakin hari semakin banyak perkara aku belajar . Jiwa yang datang kosong , Alhamdulillah kini Allah isikan dengan ilmu ilmu nya . Syukur . Berbangga memiliki ummi dan ayah yang membuat pilihan tepat untuk anaknya yang sorang ni .Ya Allah , ummi dan ayah tu hadiah terbaik dariMU , aku tidak meminta ingin siapa menjadi ibu dan ayahku tapi kau hadiahkan yang paling baik , terbaik untuk aku . Itulah hadiah paling bernilai ya Allah ... Alhamdulillah . Datang kesini memikul tanggungjawab yang dibekalkan ayah dan ummi , mengharapkan anaknya yang sorang ini membawa pulang sesuatu untuk ummah dan membawa pulang motivasi kepada adik adik yang lain supaya turut sama mengikut jejak langkahku . Berat bukan ? 

Tapi, aku kira aku tidak berjaya . kenapa ? Dek kerana terlalu ingin mengejar untuk membawa pulang title 'Dr,Sofia Liyana' pd awal usia , aku lupa untuk memohon petunjuk Allah untuk membuat pilihan yang sebenar benar pilihan sebelum datang sini. Kata orang , untuk 'smooth'-kan urusan tu , mesti perlu minta petunjuk Allah . Tapi aku , cukup takut apabila petunjuk yang akan Allah beri itu lain dari apa yang aku mahu . Pada ketika itu , cuma solat hajat sahaja yang aku lakukan tanpa istakharah memohon petunjuk dari-NYA . Namun , Allah masih mengizinkan hambanya ini datang ke bumi bertuah ini mungkin ingin memberi peluang aku mengenal buminya , ciptaannya , untuk aku memperbaiki iman aku . Mungkin bukan untuk melanjutkan pelajaranku dalam bidang kedoktoran yang sungguh , sangat aku inginkan sejak 5 tahun lagi . Tapi Allah gantikan , hantar aku ke sini untuk menuntut ilmu-ilmunya yang luas tak terhitung ini , ilmu mengenalnya dan untuk memperbaiki diri aku untuk jadi lebih baik dari sebelumnya dan untuk mematangkan aku . Pada umur 19 tahun ini , seusia sama dengan rakan-rakan seperjuanganku yang lain , aku menghadapi masalah yang aku kira orang lain belum rasa , ya , masalah berkaitan masa depan . Hal ini sungguh , menggerunkan aku namun semakin aku berada dalam masalah , semakin kuat kebergantungan aku pada Allah . Semakin banyak masalah aku hadapi , semakin matang jadinya . Bak kata pak cik Azam "Allah nak mempersiapkan askar-askar hebat untuk agamanya , maka bersabarlah," . Aku harap aku antara askar-askar yang sedang ALLAH latih ni . Adek aku pernah berpesan , "Kau takde sesiapa kak kat sana. Kami jauh di sini . Kau ada Allah je kak . Kami tak mampu nak buat apa -apa untuk kau tapi , mintalah sungguh-sungguh pada ALLAH ," . Allahurobbi , Terima Kasih adik .

 Okay . Datang ke Istanbul ni aku kira satu rezeki dari Allah Ta'ala . Harapnya bukanlah Istidraj , na'uzubillah . Dah banyak sangat perkara aku belajar kat sini , ilmu kehidupan , ya itu yang penting . Melihat sendiri komuniti Islam , cara hidup Islam yang sebenar di sini cukup mengagumkan . Kerana di Malaysia , praktikal cara hidup Islam itu tidak sehebat disini . Maksud aku , belum sehebat disini . Mungkinlah pandangan pertama mereka yang pernah datang ke sini would be like "oh , mereka ni sekular . Pakcik pakai kopiah tapi jual arak," . Ya , dalam majoriti mereka itu nilai Islam belum terserap namun , syukur ke hadrat Ilahi , syukur yang termat sangat Allah menemukan aku dengan komuniti yang sangat baik , sangat sangat baik . Perkenalan yang hanya tidak sampai 5 minit namun perasaanya seperti mereka ini adik beradik kami . Pernah aku bertanya kepada mereka , "Kenapa orang kat sini melayani tetamu seperti melayani keluarga sendiri wahai kakak ?" lantas mereka menjawab , "Kerana Islam itu saling berkeluarga. Datang dari asal usul yang sama , Adam alaihi Salam . Kita dari tuhan yang sama , mengucap kalimah syahadah yang sama . Sama-sama memperjuangkan agama Allah , kita perlu bersama-sama berpegang tangan antara satu sama lain untuk naikkan semula agama kita. Tiada sebab mengapa kita perlu membeza-bezakan keturunan mana kita ni , warna kulit warna mata kita . Allah tak pandang semua tu," . Terpana dengan tingginya akhlak mereka . Mereka membantu antara satu sama lain dengan sebenar-benar bantuan . Aku bersyukur dipertemukan dengan komuniti yang kuat agamanya , mungkin benar Allah nak didik akhlak aku , bukan untuk meneruskan pelajaran di sini . 

Semalam , ketika mata sudah layu hendak tidur terlintas di hati kecil ini untuk membuka 'whatsapp' dan terpampar 'online' pada contact ummiku . Lantas aku mula berbincang dengan ummi mengenai universiti di Malaysia sebagai 'back-up plan' nanti . Tak mampu ku ungkapkan dengan kata-kata , perasaan menyesal mula menyelubungi hati kerana sekali lagi menyusahkan ummi . Kenapa perlunya aku ada backup plan universiti di Malaysia ? Baiklah , untuk berterus-terang sebenarnya sistem birokrasi di sini sering sahaja berubah-ubah . Jadi , mengikut tahun lepas mereka sudah tidak mahu lagi menerima SPM untuk di-'equivalence'-kan kerana mengambil kira sistem pembelajaran di negara kita tidak mengikut standard sistem pembelajaran di negara mereka . Negara kita hanyalah memiliki 11 tahun pembelajaran namun di sini , mereka mempunyai 12 tahun pembelajaran . Jadi , sebagai syarat , kami student Malaysia yang hanya mempunyai SPM perlu ada sekurang-kurangnya asasi ataupun matriks ataupun STPM ataupun A-Level atau yang sewaktu dengannya . Jadi , itu sebabnya aku perlu ada back-up plan . Baru-baru ini , ada mendapat berita salah seorang rakan sekelas akan pulang ke Malaysia dan meneruskan pengajiaanya di Malaysia memandangkan dia takmahu lagi membuang masa disini . Namun aku , bukan masih mahu membuang masa namun , aku belum lagi berputus asa . Perasaan sayang akan negara kedua ini sungguh kuat . Aku akan cuba sehabis baik , kalau perlu bertegas , aku akan kerana aku datang ke sini bersama-sama air muka ummi dan ayah , tidak mahulah dipandang serong oleh orang-2 sekeliling mereka seandainya aku pulang ke Malaysia . Tapi seandainya , takdir Allah , aku hanya menurut tapi percayalah aku takkan berundur sebelum aku cuba yang terbaik . Kerana apa aku sungguh keberaratan nak pulang ke tanah air ? Kerana seandainya aku pulang , aku tidak lagi akan memohon universiti melalui UPU untuk program asasi kerana aku sudah pun kategori B iaitu , yang ada cumalah diploma yang mana mungkin tidak membawa aku ke bidang yang aku mahu . Mahu tidak mahu , aku perlu ke swasta . Aku sungguh-sungguh meminta maaf kepada ummi sebab terlalu banyak menyusahkan ummi :'( . Tahu ummi balas apa ? "Ummi nak yang terbaik untuk kakak sebelum umi meninggal... ummi hanya boleh cari pusat pengajian ilmu sebab ummi takde ilmu nak ajar sendiri,Usaha dulu kalau tak dpt, ikutlah perancngan Allah . Kakak jgn risau , duit nanti ummi cari," .. Allah ... sayu . Dalam tangisan aku membalas , dalam keadaan tangan terketar-ketar aku gagahkan juga untuk sekali lagi memohon maaf, " Ummi , maafkanlah kakak seandainya ada apa-apa yang buat ummi terluka atau apa-apa pun . Kakak takut kalau-kalau jalan hidup kakak tersekat sebab ada salah dengan ummi," . Lalu dengan tenangnya ummi jawab , "Bukan salah kakak . Perancangan Allah , ada hikmahnya . Buat sesuatu biar kerana Allah , jadi anak yang baik . Itu dah cukup buat ummi bangga," . Ummi .. Terima kasih sebab tak putus-putus bagi semangat . Ya Allah , sungguh . Aku taknak dah ummi and ayah keluar duit kerana aku . Aku taknak ambil hak adik-adik aku yang lain . Mereka masih bersekolah dan perlukan banyak duit . Ya Allah , bantulah aku ... Hoca aku (cikgu dalam bahasa turki) pernah cakap "jika senang awak dapat universiti , susahlah belajarnya namun jika susah awak dapat universiti itu , in-sha-Allah mudahlah belajar nanti," . Allahu ... Sesungguhnya aku hanya berserah kepadamu dan memohon dikurniakan ketabahan hati ...

Buat rakan-rakan yang membaca post aku ni , cukuplah doa dari kalian kami minta . kami , student turki SPM 2013 menunggu doa dari kalian ... 

  PUTIH_zps5df9e837
Direpekkan oleh Ni Opie Lah ! at 8:12 AM
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Subscribe to: Posts (Atom)

Welcome To My Airport

I'm the owner of this pinky land . Happy landing on my airport , a place of all stories happened in my life . Yeah I mean it's more to a diary . Currently in Istanbul , finishing my language preparatory course and planning on continue my study in medicine in shaa Allah , bi iznillah . Afraid of dog as well and in love with cats *arghh* �� Risale-I-Nur's learner . Finishing my Quran memorization .

Allah , please ease Sofia Liyana's life journey . Give her strength to go through all the obstacles .

I'm trying to be a good musleemah and also trying to make myself better than before . Alhamdulillah I got a good tarbiyyah from Istanbul .

Pray for me !

You're The One I Appreciate




web site hit counter


ﺍﻠﻮﻘﺖ ﻚ ﺍﻠﺴﻴﻒ

Islamic Calendar

Opie Solehah

Opie Solehah

Save me from The Dunya's Fitnah Allah

Save me from The Dunya's Fitnah Allah

Baby Baby

Baby Baby

The Handsome

The Handsome

The Cutest

The Cutest

The Real of Me

Sofia Liyana Create Your Badge

lalalala

Girls Myspace Comments

Blog Archive

  • ►  2016 (3)
    • ►  May (1)
    • ►  March (2)
  • ▼  2015 (8)
    • ►  December (2)
    • ►  March (1)
    • ▼  February (5)
      • Last Winter in Istanbul
      • Dugaan adalah satu Ujian
      • Tanggal 12 Februari 2015
      • ASSALAMUALAIKUM       Hm . Setelah lama mendia...
      • Hidup Satu Ujian
  • ►  2014 (4)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2013 (15)
    • ►  December (3)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (1)
    • ►  March (3)
    • ►  February (5)
    • ►  January (1)
  • ►  2012 (17)
    • ►  December (10)
    • ►  September (2)
    • ►  July (3)
    • ►  June (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2011 (44)
    • ►  December (4)
    • ►  November (3)
    • ►  September (1)
    • ►  August (8)
    • ►  July (3)
    • ►  June (4)
    • ►  May (3)
    • ►  April (4)
    • ►  March (3)
    • ►  February (7)
    • ►  January (4)
  • ►  2010 (41)
    • ►  December (2)
    • ►  November (4)
    • ►  October (1)
    • ►  September (1)
    • ►  August (11)
    • ►  July (9)
    • ►  June (13)

This is For You



Sang Setia :)

Kucing Meauw Meauw

Cartoons Myspace Comments

Tumpang Lalu!!!

Great Authors Here . Tutorial ? Tips ? Here

  • Fatin Liyana
    Cara Atasi Susu Badan Terlalu Banyak (How to overcome oversupply of breast milk)
    6 years ago
  • Daniel Dani ™
    HALO HALO HALO! (Edisi random)
    6 years ago
  • Smile everyday :D
    Story_Part : [ Taktahu nak bg tajuk apa ]
    9 years ago
  • Ini Kisah Hidup Cik Opie
    Love Who You Are
    9 years ago
  • Hasif Hasif Hasif
    Mo' Mail Mo' Problems
    13 years ago
  • I AM...TRUE COLOURS
    Single Terbaru Saya Dah Keluar! (Latest Hit Release)
    14 years ago
  • Utubis ilal Jannah
  • Rainbow
  • Sudu Garfu :)
  • Izzah Irdina's Official blog! :)

Halwa Telinga !


D R. O P I E . Theme images by gweem_fairy. Powered by Blogger.