Sunday, December 22, 2013
Malam ni ... Heningnya suasana sehening hati yang sedang dirundum kegelisahan . Pelbagai persoalan bermain di minda . Lepas satu , satu . Lepas satu , satu . Ibaratnya semua persoalan tidak mampu untuk dirungkai jawapannya oleh akal dan minda sendiri . Seolah-olahnya semua persoalan ini tiada noktah pengakhirannya kecuali mati . Kalaulah masalah ini semudah A-B-C , masya-Allah , mudahnya untuk kita menyelesaikannya ..
Salahkah aku membuka peluang untuk kau ?? Salahkah aku menerima kau ?? Andainya aku tahu kau sekeras ini , mana mungkin hati ini dibuka untuk kau . Serik sekali terkena , apalah bodohnya aku membiarkan diri ini terkena lagi ! Aduh . Hidup ... Semuanya berpunca dari gelodak hawa nafsu ! Oh Iman . Mengapa mudahnya kau kalah dengan tindakan nafsu yang selalu menggoda roh untuk ke jalan kejahatan . Ya Allah , ampuni aku .
Wahai hati , kenapa engkau tegar membiarkan aku sakit menelan perasaan ini ? Sesungguhnya memang benarlah , penantian merupakan satu penyiksaan ... Wahai hati , percayalah . Di dunia ini tidak ada yang sempurna melainkan kekasih ALLAH . Wahai hati , percayalah bahawa perempuan yang baik dicipta untuk lelaki yang baik . Wahai hati , yakinlah ALLAH sudah merancang untuk menghadiahkan aku seorang imam yang bakal memimpin aku ke jalan yang diredhai . Wahai hati , bersabarlah ... Jangan biarkan diriku ke lembah kehinaan . Na'uzubillah . Tutuplah dirimu wahai hati ... Bukalah semula apabila tiba masanya nanti .. Percayalah suratan Ilahi . Sesunggunya Allah lah sebaik-baik perancang .
Sakit dan peritnya menelan kata-kata yang terhambur dari hati seikhlas dan sejujurmu itu . Namun , di sebalik kata-kata tersebut , aku dapat rasakan bahawa kau layak untuk mendapat bahagia yang lebih dari ini . Mungkin kita tidak ditakdirkan bersama lagi . Sesungguhnya aku sendiri terkadang dilanda kebosanan apabila sering sahaja terpaksa menghadapi pergaduhan yang berpunca daripada perkara yang remeh . Jelasnya , kita mungkin tak ditakdirkan bersama . Memori antara kita yang dicipta bersama sekian lamanya akanku cuba untuk melupuskan dari ingatan . Tugas kita seterusnya adalah kembali bertaubat memohon keampunan dari yang esa . Moga-moga taubat kita diterima . Seandainya memang kita ditakdirkan di luh mahfuz untuk bersama selama-lamanya , insya-Allah kita akan tetap bersama jua akhirnya . Percayalah , ALLAH tahu siapa yang terbaik untuk kita .
Ya Allah peliharalah aku . ASSALAMUALAIKUM :')