ASSALAMUALAIKUM
Hah . Amek kau . kemain lagi font saiz ayah gajah tuh . Pandai tak nak jawab ? haha . tak pandai , pergi masuk tadika sana . *guraugurau* . Ok . Dah . Baca title sana . Tapi ... Takpe ah . Tak yah susah-2 nak dongak-2 . *berlaku hiperball disitu* . ewah . speaking pullokk ~ ni hah . aku kopi pes :
SAYA DAH BERTUNANG
Nampak ? Buka mata besar-2 . Yeayy ! yeayy ! Korang bila lagi ? Yeay lagik yeayy lagik . Bila bila ? Serious ke ? Serious ? Serious lah .
Tadi haa ~ ni kronologinya :-
aku duduk kat dalam bilik > ramai-2 datang serbu rumah aku bawak dulang-dulang dan dalang-dalang masuk rumah > aku tersenyum-2 kat dalam bilik sensorang > kejap-2 betulkan tudung > ambil gambar depan cermin > tiba-2 bakal mak mertua masuk > cakap-2 > sarungkan cincin > aku salam dia > dia cium aku > aku pun keluar ambil gambar dengan tunang aku > aku cakap kat dia "terima kasih awak" > aku cakap lagik "hey . awak dah jadi tunang saya" > wah . bestnya ada tunang > tersedar dari lamunan > oh rupanya aku berangan
huahahahaha . suka hati aku lah . aku berangan je tadi . membayangkan suatu hari nanti ...
K . ABAIKAN . HAHA ^^
HAHA ! tulah kerja part-time aku . berangan for the whole day . hahahaha ~ okay . nak cerita pasal lain ah . Fatin Liyana kata , blog dia tuh lebih kurang diary dia kan . So , same goes to me lah . So , aku decided nak cerita pasal tadi ah . Tadi , aku teman ummi pergi rumah cik min sebab cik min baru pindah . Tolong angkat-2 barang lah gitu kiranya . Rumahnya sangat cantik sebab menggunakan konsep modern style . Rumah dia takde secalit cat pun sebab the whole of the house guna wallpaper yang pelbagai . Bilik cik min *katanya bilik pengantin* macam hotel 5 bintang dan nampak romantik . Kecil je bilik tuh kalau nak bandingkan dengan bilik aku tapi bilik tu superb cantik .
ada iras-2 macam ni and kat dalam almari tu ada tv .
Belum tengok bilik anak-2 dia . Bilik masing-2 bertema . Huhu . *jelosjelos* . Lawa beb . Rumah kecil je . Tapi , cantik . Dapurnya sangat kecil . Bak kata aku kalau goreng ayam , tak sempat nak lari kalau ada percikan-2 gunung berapi kat ayam tu . huehehe . *saya sangat takut ya kalau ada percikan-2 gunung berapi* Peti sejuk pun tak muat nak letak . serius kecil bangat ! . huhu . Tapi padan lah tu sebab cik min mungkin tak selalu ada kat rumah memandangkan cik min seorang business woman yang berjaya . Hehe . Adik kesayangan ummi aku tuh . Walaupun mereka tiada apa-2 pertalian darah mahupun urat , rapat macam belangkas ! huehehe . cik min ni baik sangat dan manyak cun ~
Okay . Lepastu , dah lebih kurang 4 jam berada di rumah cantik tuh , aku pun balik .. Dalam perjalanan balik lah ummi buka cerita pasal pakcik tuh . *i mean x* . ummi kata dia sekarang dah 'kawin' dengan budak SN3 *tinggi bahasa aku jah~* sebab ada budak yang rapat dengan ummi cerita . Kebenarannya , Wallahhuallam . Mula-2 aku macam 'lantak kau lah jang' . Aku pun dah bahagia sekarang . Tapi lama-2 aku TERkenang juga bila ummi cakap cikgu-2 yang rapat dengan aku dulu macam suka and 'okay' je masa aku dengan dia . katanya sepadan ~ sampaikan ada sorang ustazah tuh cakap setiap kali dia solat , dia doakan aku n dia ada jodoh . *oh . bahagianya* . masa tu lah . sekarang bumi dah berpusing dan terus berpusing berputar ! Aku rasa kan , masa aku dengan dia dulu , the whole school tahu . Mana taknya , sokmo balik ngan aku . :-p . dulu ya anak-2 . sekarang aku dah pindah dari masa lampau yang malang ~ *mungkin . astaghfirullah !*
Tapi , aku fikir . Mesti kesian kan dekat perempuan tu . Dia tak fikir ke . Sebab apa kami putus ? tak fikir ? sebabnya kami dah tak sesekolah ! kami tidak berhubung ! dia bosan . bukan nak cakap apa . fact k ! fact . suatu hari nanti , MACAM MUSTAHIL je dia tak masuk universiti sebab dia bijoks . superb bijoksss . *penegasan pada huruf s tu* . so , that girl , 50-50 . mungkin universiti mungkin jugak tak memandangkan that boy tu jauh lebih bijak . Bukan nak cakap bodoh . Tapi , kureng sikit la berbanding lelaki tu . Cuba fikir . Apa akan jadi if suatu hari nanti that boy masuk u but that girl sekolah tingkatan 6 or masuk u jugak , tapi bukan u sehebat lelaki tu . *mungkin* . tak ke , situasi mereka akan SAMA dengan situasi aku . And tak ke that girl akan rasa macam yang aku rasa . Tapi mungkin perempuan tu tak rasa betapa hebatnya kesedihan yang melanda aku sebab perempuan tu HOT-SENTAP . oii . memang ah dia . ramai woo peminat dia . secara senyap-2 . ada yang minat dia tapi tak pernah pun mengaku kat dia sebab dia dah ada 'that boy' .
Kesian~
Walau apa pun , GIRLS , aku pesan , korang kalau sayang kat lelaki tu , berpada-2 je . Walaupun your parent or even whole school or whole family , nenek korang or even al-marhum kakek korang tahu pasal hubungan korang , tak payah la nak sungguh-2 sayang si dia melainkan si dia tuh dah sah jadi suami korang ... Jadikan kisah hidup aku sebagai pengajaran and aku tak nak kaum aku ditipu oleh cinta remaja yang mengasyikkan TETAPI kadangkala ada pisau yang menikam di belakang kita . *takpaham sudah* .
okay . sampai sini sahaja post aku pasal SAYA DAH BERTUNANG !
dengar lagu baru aku kat blog nih . semoga korang memahami hati aku yang selalu TERingat kat kenangan lama . Nanti aku ulas satu-2 lirik lagu ni . kbye
# seandainya anda ada berkecil hati dengan post saya , maafkanlah saya kerana saya hanya insan biasa dan cuma mahu suarakan suara hati saya kerana BLOG DAN SUARA HATI SAYA MERUPAKAN HAK SAYA . kk . kidding . kbye . Inbox saya jika tak puas hati ya . kbye .